KUALA LUMPUR: Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat automotif yang didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas satu pertuduhan menerima suapan RM5 juta, dituduh lagi di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas pertuduhan meminta rasuah untuk nilai sama, dua tahun lalu.
Datuk Mohamad Madani Sahari, 56, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa meminta rasuah daripada seorang lelaki berusia 37 tahun sebagai dorongan untuk dirinya membantu individu itu mendapatkan program latihan dan penempatan pekerja berjumlah RM24 juta daripada Syarikat A2Z Technology Sdn Bhd iaitu syarikat subsidiari kepada The Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii).
Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah pejabat di Solaris Dutamas di sini pada jam 11 pagi hingga 3 petang, Mei 2021 lalu.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Dalam prosiding ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How manakala tertuduh diwakili peguam, Rahmat Hazlan.
Suzana membenarkan tertuduh dilepaskan dengan mengguna pakai ikat jamin (RM300,000) yang dikenakan Mahkamah Sesyen Shah Alam dan menetapkan 9 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Pada 14 April lalu, Mohamad Madani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM5 juta, daripada seorang individu sebagai upah bagi membantu sebuah syarikat mendapat surat penganugerahan berjumlah RM12 juta.
Sinar Harian
Mon May 08 2023
Mohamad Madani mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Suzana Hussin. - Gambar fail/ Sinar Harian
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Bekas CEO MARii didakwa lagi minta suapan RM5 juta
Datuk Mohamad Madani Sahari, 56, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Suzana Hussin.